Teluk Intan 19 Mac 2024 - Pasukan penguatkuasa JAS Cawangan Teluk Intan telah menjalankan siasatan aduan pembakaran terbuka di satu kawasan kebun kelapa sawit di Daerah Manjung. Semasa siasatan, terdapat kesan-kesan bakar dan beberapa longgokan sisa kayu yang berpotensi untuk dibakar. Poster Larangan Pembakaran Terbuka telah ditampal sebagai peringatan kepada pemilik kebun untuk tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka dan pemantauan susulan dan rondaan oleh JAS Cawangan Teluk Intan akan dijalankan.
JAS Cawangan Teluk Intan kini giat melaksanakan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) susulan arahan Pengaktifan Pelan Tindakan Pencegahan Pembakaran Terbuka Jabatan Alam Sekitar. Orang awam adalah dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka dimana jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM 500,00.00 atau penjara selama 5 tahun atau kedua-duanya.
JAS Cawangan Teluk Intan tidak akan berkompromi terhadap penjenayah alam sekitar yang melakukan sebarang jenis pencemaran alam sekitar. Sebarang aduan boleh hubungi di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau melaporkan aduan melalui emel ke
[email protected].
#kementeriansumberaslidankelestarianalam
#jabatanalamsekitar
#jasperak
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari