Penerangan
MUADZAM SHAH, 17 April 2024 - JAS Cawangan Rompin menerima aduan berkaitan pelupusan haram bahan Buangan Terjadual. Siasatan bersama JAS Negeri Pahang ke lokasi aduan telah menemukan beberapa longgokan bahan Buangan Terjadual disyaki komponen sisa bateri.
Sampel bahan Buangan Terjadual telah diambil sebagai bahan bukti dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisis komposisi buangan. Kertas siasatan disediakan bagi mendakwa pihak-pihak yang terlibat di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan lain-lain Seksyen yang berkaitan.
Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974, pihak yang bertanggungjawab boleh didenda sehingga maksimum RM500,000 dan penjara mandatori sehingga lima(5) tahun.