PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

RONDAAN DAN PEMANTAUAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DI JOHAN SETIA - 19 APRIL 2024

DOE Selangor 28/04/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DAN PEMANTAUAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DI JOHAN SETIA - 19 APRIL 2024
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
28/04/2024
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

Klang, 19 April 2024- Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan pemantauan dan pencegahan pembakaran terbuka di kawasan revolusi hijau Johan Setia, Klang. Semasa rondaan dijalankan, pasukan peronda telah mendapat aduan pembakaran terbuka telah berlaku di Jalan Rajiun. Pasukan penyiasat telah pergi ke lokasi tersebut dan mendapati kepulan asap yang tebal kelihatan merebak ke aliran trafik bersebelahan lebuhraya KESAS dan telah menganggu penglihatan pemandu lebuhraya. Siasatan mendapati pembakaran terbuka dilakukan ke atas tanaman pokok tebu yang telah rosak. Tiada saksi dan pelaku ditemui di lokasi. Siasatan lanjut akan dijalankan oleh JAS Selangor. Rondaan diteruskan di lain-lain lokasi dan tidak menemui sebarang aktiviti pembakaran terbuka bagi tujuan kebun pertanian. Jabatan Alam Sekitar sentiasa memberi peringatan kepada orang awam mengenai tindakan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan pembakaran terbuka dengan denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum sebanyak RM 2,000.00 juga boleh dikenakan di atas setiap kesalahan tersebut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan