Penerangan
22 April 2024, MELAKA – Pembentangan oleh dua orang pelajar praktikal di Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah diadakan pada 5 April 2024 bertempat di Perpustakaan Enviro Digital JAS Negeri Melaka. Pelajar daripada Universiti Teknologi Mara dan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam Selangor telah membentangkan tajuk Siasatan ke atas Kilang Elite Abundance Sdn Bhd dan Lawatan ke Tapak Cadangan Pembangunan Bercampur di daerah Jasin. Pelbagai soalan diajukan kepada pelajar berkenaan berkaitan topik yang dibincangkan.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama