Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PEMANTAUAN AKTIVITI PEMADAMAN KEBAKARAN DI KAWASAN BELUKAR TANAH GAMBUT BERDEKATAN AKADEMI MARITIM SULTAN AHMAD SHAH (AMSAS) DAN PEMANTAUAN LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA SEKITAR MUKIM SG KARANG, KUANTAN
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 17/04/2024
- Organisasi
- DOE Pahang
- Lokasi
- Pahang>Kuantan
Penerangan
KUANTAN, 07 April 2024 - Pasukan penguatkuasa JAS Cawangan Gebeng telah menjalankan pemantauan aktiviti pemadaman kebakaran di kawasan berdekatan AMSAS susulan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Stesen Pengawasan Kualiti Udara Balok kepada status kualiti udara sederhana dengan bacaan 77 pada jam 9 pagi.
Terdapat enam (6) titik panas (hotspots) telah dikesan dikawasan tersebut menyebabkan kawasan sekitar terjejas dengan asap dan jarak penglihatan yang rendah.
Pihak bomba juga turut membantu pemadaman di lokasi bagi mengawal kebakaran. Kerja-kerja pemadaman sukar dijalankan memandangkan ada kawasan kebakaran yang berada ditengah-tengah hutan belukar tanah gambut dan tiada akses masuk.
Penduduk sekitar dan pemilik tanah diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.