Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PEMANTAUAN AKTIVITI PEMADAMAN KEBAKARAN DI KAMPUNG KERPAL DAN PEMANTAUAN LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA SEKITAR DAERAH ROMPIN SUSULAN PENINGKATAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) DAERAH ROMPIN
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 17/04/2024
- Organisasi
- DOE Pahang
- Lokasi
- Pahang
Penerangan
MUADZAM 06 April 2024 - Pasukan penguatkuasa JAS Cawangan Rompin telah menjalankan pemantauan aktiviti pemadaman kebakaran di Kampung Kerpal, Muadzam Shah susulan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Stesen Pengawasan Kualiti Udara Daerah Rompin kepada status kualiti tidak sihat dengan bacaan 137 pada jam 8 pagi.
Terdapat dua (2) titik panas (hotspots) telah dikesan dikawasan tersebut menyebabkan kawasan sekitar sehingga ke Kuala Rompin telah terjejas dengan asap dan jarak penglihatan yang rendah.
Semasa siasatan didapati aktiviti pemadaman kebakaran sedang giat dijalankan oleh pekerja ladang menggunakan jentera jengkaut dan pam.
Pihak bomba juga turut membantu pemadaman di lokasi bagi memadam dan mengawal kebakaran.
Penduduk sekitar dan pemilik tanah diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.