PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR PULAU PINANG

DOE Pulau Pinang 17/04/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR PULAU PINANG
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
17/04/2024
Organisasi
DOE Pulau Pinang

Penerangan

05 April 2024, Seberang Perai Tengah – Unit Penguatkuasaan PYBDT SPT1 Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah menjalankan pemeriksaan premis pembuatan yang menghasilkan efluen dan Loji rawatan kumbahan di sekitar Kawasan Perindustrian Perai. Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Operasi ini juga disertai oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) P.Pinang dan Indah Water Konsortium. Penguatkuasaan yang dijalankan oleh JAS Pulau Pinang untuk meningkatkan pematuhan oleh pihak industri terutamanya ketika menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri supaya operasi di premis mereka adalah sentiasa mengikut kehendak perundangan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius. Pemantauan berterusan akan dijalankan ketika musim perayaan bagi memastikan pematuhan berterusan premis industri. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan