26 Mac 2024, SG. BAKAP- Pasukan Penguatkuasa Unit SPS, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang bersama Badan Kawal Selia Air Pulau Pinang telah menerima aduan daripada Pihak Bekalan Air Pulau Pinang mengenai pencemaran bau yang mengalir ke Sungai Duri.
Hasil siasatan mendapati aduan adalah dari sebuah premis di Kawasan Perindustrian Sg. Baong. Pemantauan secara berterusan dijalankan agar premis tersebut mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].