Penerangan
05 APRIL 2024, GEORGETOWN – Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Latihan Simulasi Bencana Industri Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2024. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Abdul Kahar Bin Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan).
Objektif utama latihan simulasi bencana ini adalah bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan kecekapan dalam menghadapi potensi bencana industri di Pulau Pinang. Simulasi bencana ini adalah fokus kepada Pepasangan Bahaya Besar ( Major Hazard Installation – MHI ) di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Latihan simulasi ini adalah inisiatif Unit Pengurusan Bencana, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendapat sokongan padu daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Diharapkan perkongsian latihan simulasi ini dapat menguji cuba serta memantapkan peranan agensi-agensi serta setiap Pasukan Tindakbalas Kecemasan (Emergency Response Team-ERT) pemain industri yang mempunyai Pepasangan Bahaya Besar di Pulau Pinang.