Penerangan
KUANTAN, 2 April 2024 - Majlis Penyerahan Lesen Premis Yang Ditetapkan (Kilang Getah) di Negeri Pahang sesi 2024 disampaikan oleh Tuan Haji Wandi Yadzid bin Haji Yaakob Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang.
Terdapat 4 buah premis PYDT KG di Negeri Pahang yang dilesenkan dibawah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang pada tahun 2024. Premis juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen dan peraturan berkaitan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.