PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN TAWAU

DOE Sabah 17/04/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN TAWAU
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
17/04/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>Tawau

Penerangan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN TAWAU TARIKH : 03.04.2024 (RABU) MASA : 08.00 AM - 04.00 PM *ANGGOTA : PPKK AS & PJ SAS TUGAS: 1.Siasatan aduan pencemaran bau (berulang) premis Man Fong Coldstorage, Semporna. 2.Siasatan aduan pembakaran terbuka (PT) di Taman Joo Hwa, Tawau. 3.Rondaan darat OMPT. KAWASAN RONDAAN Tawau - Jalan Damai-Balung-Semporna- Tawau A. PENEMUAN : 1. *Man Fong Coldstorage * - Pemeriksaan pada punca bau dan sistem perparitan sekitar premis. Pemeriksan awal mendapati tiada bau busuk yang ketara sebaik tiba dipremis. -Sewaktu siasatan, tiada aktiviti penerimaan bahan mentah (hasil laut) di premis. -Punca bau adalah berpunca daripada aktiviti cucian hasil laut dimana air buangan tersebut akan dilepaskan secara terus ke parit awam dimana jika musim kering, kawasan parit akan melepaskan bau busuk. - ???Hasil semakan pada arahan lepas dan laporan IECS yang telah dijalankan dipremis mendapati terdapat beberapa parameter yang telah melebihi had pelepasan sepertimana yang dinyatakan dalam Jadual Kelima dan Ketujuh PKAS(EP)2009 iaitu BOD5, COD dan logam berat arsenik. -Pemeriksaan pada kadar pelepasan efluen pada laporan IECS adalah dalam purata 3.6m3 sejam. Maklumat dari premis memaklumkan purata jam operasi premis dalam sehari adalah dalam 7jam. Oleh yang demikian, purata pelepasan efluen yang dilepaskan dalam sehari adalah lebih kurang 25.2m3 sehari. 2. Siasatan Aduan PT di Taman Joo Hwa, Tawau -Terdapat kesan aktiviti pembakaran terbuka (PT) di kawasan yang diadu. -Penduduk telah ditemui dan dimaklumkan berkenaan aktiviti PT tersebut. B. TINDAKAN PENGUATKUASAAN 1. Man Fong Coldstorage - Borang selongkar telah dikeluarkan kepada premis. - FC telah dikeluarkan kepada premis untuk:- ??Memasang sistem rawatan efluen (ETP) untuk merawat air sisa yang terhasil dari premis berikutan laporan IECS yang telah diterima. -Notis Arahan akan menyusul untuk mengarahkan premis berkenaan perkara diatas. -Pengadu akan dihubungi dan dimaklumkan hasil siasatan dan tindakan dari JAS Tawau. 2. Siasatan aduan PT di Taman Joo Hwa, Tawau - Penduduk dikawasan yang diadu diberikan amaran lisan untuk tidak melakukan pembakaran terbuka dan risalah berkenaan larangan melakukan pembakaran terbuka juga turut diberikan untuk hebahan. -Pengadu telah dihubungi dan dimaklumkan berkenaan hasil siasatan dan tindakan yang telah diambil oleh JAS Tawau. C. Tiada aktiviti PT dikesan sewaktu rondaan. Cuaca: Cerah Sekian.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan