PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Membakut

DOE Sabah 17/04/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Membakut
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
17/04/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Kota Kinabalu

Penerangan

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Membakut ?? Tarikh: 30 Mac 2024 (Sabtu) ??? Masa: 10.30am - 11.00am ??? Tempat: Atas Talian ?? Pengerusi: Pegawai Daerah Membakut ??????? Kehadiran JAS: TP YY, PP RK Agenda: 1. Perbincangan pengaktifan JPBD Membakut 2. Hal-hal lain. ?? Ringkasan Mesyuarat 1??? Tuan pengerusi memaklumkan berhubung mesyuarat pra persediaan JPBD yang telah diadakan sebelum ini dan mengulas keadaan cuaca di Daerah Membakut. Beliau meminta APM untuk mengulas keadaan keperluan pengaktifan bencana bagi daerah Membakut. 2??? APM telah memaklumkan keadaan yang sedikit berasap di kawasan Membakut adalah kes setempat dan mencadangkan keperluan pengaktifan bencana pada masa ini belum perlu. Walaubagaimanapun semua pihak akan memantau dan menilai keperluan pengaktifan bencana pada bila-bila masa. 3??? JAS Sabah telah memaklumkan status bacaan IPU semasa bagi stesen Kimanis yang memberi bacaan melebihi 150 dalam tempoh 2 hari. Namun, bacaan telah mulai turun pada hari kedua. JAS HQ juga telah bersetuju amaran awal 2A dalam PTJK dilaksanakan. NADMA telah memaklumkan JPBN Sabah semalam. Kini JPBN dan JPBD Membakut perlu membuat ketetapan mengikut situasi sekarang. 4??? Tuan pengerusi memaklumkan beberapa kawasan di Membakut telah menerima hujan sejak 29 Mac 2024. Bagi kes kebakaran di Langkawit, usaha pemadaman akan dilakukan oleh pihak Bomba dengan kerjasama Majlis Daerah Papar. Keadaan adalah terkawal. 5??? Usaha pembasahan kawasan kerja tanah di padang SMK Bongawan II akan digerakkan oleh Pejabat/Majlis Daerah Membakut dengan bantuan JBA untuk mengelak pencemaran habuk yang menjadi salah satu penyumbang bacaan IPU tinggi. 6??? Ahli mesyuarat bersetuju dengan keputusan mesyuarat untuk tidak mengaktifkan bencana jerebu daerah buat masa ini. Hal-hal Lain: 1??? TP YY memaklumkan tindakan penguatkuasaan kesalahan melakukan PT semasa musim panas dan kering akan terus dilaksanakan oleh JAS. 2??? Pemadaman TPS Langkawit adalah dibawah tanggungjawab Majlis Daerah Papar. Sekian, dimaklumkan. Disediakan oleh: Unit OMPT 30/3/24

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan