Penerangan
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG
TARIKH : 28.03.2024 (Khamis)
MASA : 09.30 AM -03.30 PM
ANGGOTA : PJ ER, PJ MH & PO AY
*TUGAS :*1. Pemantauan kawasan aktif terbakar di Kg Takuli (HS baru)
2. Pemantauan kawasan aktif terbakar di Kg Benoni Seberang, Papar (HS baru)
3. Pengesahan Kedudukan Telaga Tiub
4. Pemantauan TPS K.penyu
5. Rondaan Darat
?? KAWASAN RONDAAN:
Beaufort - Lumat - Kimanis - Kg Benoni Seberang, Papar - Kuala Penyu - Binsulok - Nukahan
RUMUSAN
1. Pemantauan kawasan aktif terbakar di takuli (HS baru)
- kawasan ini terbakar akibat merebak dari kebakaran di HS Binsuluk.
2. Pemantauan kawasan aktif terbakar di Kg Benoni Seberang Papar (HS baru)
- masih terkesan asap aktif di kawasan ini
- asap aktif menghala ke stesen IPU Kimanis mengakibatkan bacaan IPU Kimanis meningkat (tidak sihat)
3. Pengesahan Kedudukan Telaga tiub
- sebanyak 5 telaga tiub yg telah disahkan kedudukan iaitu : STW03,STW05,DTW06,STW07 & STW12. Kedudukan adalah seperti yg dinyatakan. Pihak bomba meminta longlat telaga dari JAS (JAS sipitang perlu verify lokasi sebelum beri info kepada pihak bomba)
4. Pemantauan di TPS K.Penyu
- Keadaan terkawal. Pihak bomba melakukan pemantauan di kawasan TPS K.Penyu juga
5. Rondaan Darat
- Keadaan berasap telah reda di kawasan Nukahan
- bagi kawasan kimanis, masih aktif berasap di kawasan Benoni seberang dan sekitarnya seterusnya menyumbang peningkatan bacaan IPU di stesen IPU Kimanis
- kg andus yang terletak lebih kurang 4km dari stesen juga mengalami kebakaran dan sedang dipadamkan oleh Bomba.
TINDAKAN
1) Pemantauan berterusan semasa musim kemarau
Cuaca: Panas
Sekian dilaporkan
28/3/24