Penerangan
LAPORAN LAWATAN TAPAK & RONDAAN ?? UNIT EIA & INPUT PEMBANGUNAN
TARIKH : 28 Mac 2024
HARI : Khamis
MASA : 1.30 PM - 4.00 PM
ANGGOTA : PP(K) FM, PPK(T) MP, PJ RLSK, PMD RN & Seorang Pelajar Praktikal
TUGAS :
1. Lawatan ke Tapak Projek EIA Cadangan Pembinaan Loji Pulihguna Sisa Pepejal Plastik yang terletak di Part of CL.015022376, Telipok, Tuaran, Sabah
2. Rondaan Darat OMPT
LOKASI :
??1. Telipok, Tuaran??
??2. Sepanjang Perjalanan Pergi dan Balik dari Pejabat ke Tuaran??
LAPORAN & PENEMUAN : -
1. Penggerak Projek (PP) telah mempunyai kelulusan Laporan EIA loji kitar semula plastik di Likas Industrial Estate tetapi berhasrat untuk berpindah ke tempat lain yang mempunyai kawasan yang lebih luas. Kawasan baru yang dicadangkan terletak di zon perindustrian berat – IN(H) dan merupakan bangunan kilang sediaada (gudang terbuka) kepunyaan Hap Seng.
2. Keadaan semasa di tapak projek didapati telah ada bahan mentah sisa plastik dan peralatan loji yang ditempatkan di dalam premis yang dimaklumkan oleh PP dibawa dari lokasi lama di Likas. Tiada sebarang operasi pencucian bahan mentah dan kitar semula plastik dijalankan semasa lawatan. PP telah diberi amaran supaya tidak menjalankan apa-apa operasi selagi belum mendapat kelulusan Laporan EIA & EMP.
3. Lawatan juga dijalankan di kawasan sensitif alam sekitar yang terdekat di mana data baseline diambil iaitu di kawasan Kg. Meruah dalam lingkungan 200 meter dari sempadan tapak projek. Sungai terdekat adalah anak Sg. Telipok yang terletak pada jarak dalam lingkungan 250 meter.
4. Kawasan dan penerima sensitif yang dikenalpasti adalah Kg. Meruah (~200 meter), Kg. Timbok (~550 meter), anak Sungai Telipok (~250 meter). Tiada penerima sensitif di dalam kawasan zon penampan 150 meter yang disyorkan dalam garis panduan SZIRA (2012).
5. Rondaan darat OMPT juga dijalankan semasa perjalanan pergi dan balik dari pejabat ke lokasi tapak projek di sepanjang jalan di Jalan UMS-Sepanggar dan Jalan Tuaran. ??? Tiada pembakaran ?? terbuka dikesan sepanjang laluan.
CUACA: Cerah & Panas ????
Sekian laporan.
Unit EIA & Input Pembangunan