Penerangan
LAPORAN RONDAAN DAN OPS GEMPUR RAYA JAS CAWANGAN SANDAKAN
TARIKH : 27.03.2024 (Rabu)
MASA : 08:00AM - 6:00PM
PEGAWAI PERONDA :
PJ ZS & PJ ZP
KAWASAN RONDAAN
Kawasan Paitan Daerah Beluran - Simpang Sapi/Nangoh - Batu 7 Jalan Labuk, Sandakan
TUGAS:
1. Pemeriksaan CAC di Loji Rawatan Air Paitan,
2. Pemeriksaan CAC di Rimba Nilai Palm Oil Mill,
3. Rondaan OMPT.
PENEMUAN:
LOJI RAWATAN AIR PAITAN
1. Loji Rawatan Air dikendalikan oleh Jabatan Air Negeri Sabah yang diselia oleh Jabatan Air Beluran,
2. Air mentah dipam dari Sungai Paitan dan membekalkan air terawat kepada penduduk di kawasan Daerah Kecil Paitan.
3. Hasil Siasatan terhadap loji tersebut, air buangan daripada proses backwash dialirkan terus ke alur air tanpa dirawat, kolam enapcemar tiada disediakan.
4. Bilik klorin tidak disediakan dengan kelengkapan kawalan udara yang sesuai.
5. Syor Notis Arahan dikeluarkan kepada Jabatan Air Negeri Sabah untuk memgambil tindakan bagi mematuhi sepenuhnya AKAS 1974.
RIMBA NILAI PALM OIL MILL
1. Alat kawalan udara jenis ESP telah dipasang untuk mengawal pelepasan asap daripada 1 unit boiler dan berfungsi dengan baik
2. Alat pemantau udara CEMS mengalami kerosakan, telah dimaklumkan kepada JAS, pihak premis sedang menunggu peruntukan untuk melaksanakan kerja-kerja penggantian dengan yang baru.
3. BT diuruskan dengan baik oleh OYB, distor, dilabelkan, disusun megikut kategori yang sesuai dan dilupuskan oleh PYDT Legenda Bumimas Sdn Bhd.
4. Tiga (3) unit kolam Efluen iaitu Anaerobik no. 1, no.2 dan no.3 perlu diselenggara dengan melaksanakan kerja-kerja desludging kerana terdapat sludge dan scum di dalam kolam-kolam berkenaan supaya ianya dapat berfungsi dengan baik.
5. Kawasan pengumpulan boiler ash perlu disediakan berbumbung bagi mengelakkan terkena hujan.
6. Penyediaan Kemudahan Simpanan Sementara TKKS tidak mengikut rekabentuk sepertimana yang ditetapkan dalam Garispanduan TKKS, kawasan berbumbung tidak mencukupi.
7. Rimba Nilai Palm Oil Mill perlu mengemukakan permohonan pindaan KB kerana terdapat masalah pelan, dimana lokasi Takat Pelepasan dalam pelan tidak sama.
RONDAAN OMPT
1. Tiada PT dikesan semasa rondaan.
TINDAKAN PENGUATKUASAAN:
Loji Rawatan Air Paitan
1.Field Citation (1)
2. Notis Arahan (1)
Rimba Nilai Palm Oil Mill
1.Field Citation (1)
2.Notis Arahan (1)
CATATAN:
1. Pemantauan berterusan akan dilaksanakan dengan lawatan susulan sehingga premis KKS patuh sepenuhnya terhadap FC dan NA yang dikeluarkan.
2. NA terhadap LRA yang tidak patuh akan dikeluarkan dan perbincangan lanjut bersama Jabatan Air Sandakan bagi mencari jalan penyelesaian akan diadakan.
Cuaca :
Cerah Pagi & Petang
Sekian.