PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN SIASATAN SUSULAN TPS KAYU MADANG UNIT OMPT

DOE Sabah 17/04/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN SIASATAN SUSULAN TPS KAYU MADANG UNIT OMPT
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
17/04/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

LAPORAN SIASATAN SUSULAN TPS KAYU MADANG UNIT OMPT TARIKH : 27.03.2024 (Rabu) MASA : 9.00 AM - 1.30 PM ANGGOTA : PP RK, PJ RZD & Pmd Norman TUGAS : 1. Siasatan susulan kebakaran TPS Kayu Madang 2. Rondaan Darat ?? KAWASAN RONDAAN: Pejabat - KKIP - Kayu Madang - Pejabat RUMUSAN 1??? Siasatan susulan kebakaran Kawasan Pelupusan Tayar Kayu Madang * Tinjauan di kawasan/sekitar 3 buah sekolah yang mengadu terkesan dengan asap dan bau kebakaran tayar di TPS. Siasatan mendapati asap kebakaran tidak berapa ketara semasa lawatan. Walaubagaimanapun bau dari kebakaran tayar agak kuat apabila angin bertiup ke arah sekolah. Terdapat alat yang dinamakan Airheal Alarm yang dipasang di SK Pekan Telipok untuk mengesan kandungan gas-gas berbahaya. Berdasarkan penerangan guru penyelaras peralatan tersebut, 4 parameter gas dapat dikesan melalui sensor yang dipasang pada alat tersebut iaitu VOC, SO2, NO2 dan CO2. Apabila cerapan melebihi bacaan 200, Airheal ini akan mengeluarkan bunyi amaran. Ditanya lanjut (cara pengiraan, standard bacaan) berhubung peralatan ini, guru penyelaras tidak dapat memastikan dan kurang pasti berkenaan standard amaran yang diberi oleh alat tersebut. Penerangan ringkas berhubung Stesen IPU telah diberi kepada guru-guru yang hadir. * Guru Besar SK Lapasan mengambil keputusan memberi pelepasan awal (atas nasihat kepada murid-murid untuk balik awal/bercuti pada hari ini. Bagi SK dan SMK Pekan Telipok, persekolahan sesi petang telah diberi pelepasan disebabkan gangguan asap dan bau dari kebakaran tayar di Kayu Madang. Pihak sekolah memaklumkan terdapat pelajar yang mengadu tidak selesa apabila berada di luar bilik darjah. Keputusan penutupan sesi persekolahan diambil atas nasihat JPNS. * Tinjauan di TPS sekitar 12.00t.hari - 1.00 ptg mendapati operasi pemadaman agak perlahan. Bomba memaklumkan bilangan trip lori tanah juga tidak serancak pada 26 Mac 2024. * Pihak bomba memaklumkan, sekiranya keadaan terkawal, Bomba akan menamatkan operasi bantuan pemadaman pada 28 April 2024. Walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada keputusan mesyuarat bersama Ketua Menteri Sabah pada hari ini. * Bacaan IPU bagi Stesen Politeknik setakat 1.00 ptg adalah 70**. 2??? Rondaan Darat * Kebakaran TPS masih aktif. TINDAKAN 1) Pemantauan berterusan semasa musim kemarau Cuaca: Panas Sekian dilaporkan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan