Penerangan
26 Februari 2024, Hulu Selangor - Satu lawatan Teknikal Projek Kemudahan Fasiliti SSWTC Lot 1682 Bukit Tagar Sanitary Landfill /Bukit Tagar Enviro Park Mukim Sungai Tinggi Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan melibatkan penyertaan pegawai dari JAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), JAS Negeri Selangor, EIMAS, Bahagian Udara, Bahagian Penguatkuasa dan Bahagian Penilaian, JAS Ibu Pejabat. Urusetia lawatan oleh Seksyen Mitigasi, Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat.
Objektif lawatan teknikal diadakan bagi membantu pegawai penilai Laporan EIA mengenalpasti dan memahami skop-skop aktiviti yang ada di dalam pelaksanaan pembinaan Scheduled Waste Treatment Center.
#NRES
#JabatanAlamSekitar
#BahagianPenilaian
#AlamSekitarTanggungjawabBersama