Penerangan
28 Februari 2024, Penang - Satu lawatan ke tapak projek bagi cadangan pembangunan yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Lokasi tapak cadangan projek adalah di Ayer Hitam, Penang. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan isu-isu berkaitan cadangan projek di tapak yang dicadangkan dan mengesahkan maklumat-maklumat yang dinyatakan dalam Bidang Rujukan yang telah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar.
Lawatan ini telah dihadiri oleh wakil JAS Ibu Pejabat, JAS Negeri Pulau Pinang, Penggerak Projek dan Jururunding EIA.
#NRES
#JabatanAlamSekitar
#BahagianPenilaian
#AlamSekitarTanggungjawabBersama