Mac 2024, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menjalankan Operasi Gempur Raya 2024 pada bulan Mac 2024 ke atas premis – premis yang menghasilkan efluen perindustrian. Operasi ini melibatkan sembilan (9) pasukan dengan kekuatan anggota seramai 27 orang pegawai penguatkuasa.
Objektif Gempur Air Raya 2024 ini adalah untuk mencegah berlakunya isu-isu pencemaran alam sekitar khususnya pencemaran air memandangkan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri akan disambut tidak lama lagi. Ianya juga bagi memastikan premis - premis disekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan – peraturan di bawahnya. Sebanyak 16 premis menghasilkan efluen perindustrian telah digempur. Lapan (8) Notis Arahan, 16 Arahan Lapangan (
Field Citation) serta satu (1) tindakan mahkamah akan dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian), 2009.
JAS WPKL akan sentiasa serius dan komited dalam menjalankan pemantauan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui tiga (3) saluran berikut:
- Talian Bebas Tol 1-800-88-2727;
- E-mel ke [email protected] ; dan
- Portal Aduan https://[email protected]