PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PROGRAM QURAN HOUR DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

DOE WP Kuala Lumpur 17/04/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM QURAN HOUR DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
17/04/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

24 APRIL 2024, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) dengan kerjasam Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Alam sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menjalankan Program Quran Hour dan Majlis Khatam Al-Quran peringkat jabatan bersempena dengan bulan Ramadan dan World #QuranHour tahun 2024 ini. Surah Al Jumu’ah telah menjadi surah pilihan dengan membawa tema Kesatuan dan Transformasi Sosial dibaca dan diperdengarkan sebagai sokongan meningkatkan usaha mendekatkan Al-Quran di kalangan pegawai JAS WPKL dan masyarakat. Pada tahun ini seramai 51 orang kakitangan JAS WPKL telah berjaya Khatam Al-Quran di sepanjang bulan Ramadhan. Program dapat mengeratkan lagi ukhwah dan kerjasama yang baik antara kakitangan dan memupuk sikap positif dari segi kerohanian.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan