PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Operasi Bersepadu “Ops Gempur Raya?? Di Bahagian Bintulu, Sarawak

DOE Sarawak 17/04/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Operasi Bersepadu “Ops Gempur Raya?? Di Bahagian Bintulu, Sarawak
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
17/04/2024
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak>Bintulu

Penerangan

Operasi Bersepadu “Ops Gempur Raya?? Di Bahagian Bintulu, Sarawak. 25 Mac 2024, BINTULU – Satu pemeriksaan bersepadu “Ops Gempur Raya?? melibatkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Bintulu, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Cawangan Bintulu dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) telah diadakan di sekitar kawasan tebingan Sungai Kemena, Bintulu. Operasi menyasarkan beberapa premis yang mempunyai pematuhan rendah termasuk pemeriksaan ke atas kapal dengan objektif untuk menangani aduan awam berkaitan pencemaran air di kawasan tersebut serta memastikan pihak industri sentiasa mematuhi kehendak perundangan semasa premis beroperasi terutamanya di musim perayaan. Tindakan perundangan akan diselaraskan dan diambil di bawah bidangkuasa agensi masing-masing yang terlibat. Sekiranya mana-mana pihak yang didapati melanggar kehendak perundangan alam sekitar di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan diambil tindakan tegas dan sewajarnya. Orang ramai juga adalah dialu-alukan untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my. #NRES #alamsekitartanggungjawabbersama #jabatanalamsekitar #jassarawak

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan