PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

OPS GEMPUR RAYA JAS NEGERI JOHOR, PENGERUSI J/KUASA KESIHATAN & ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR SAMBUT BAIK KOMITMEN PENGUATKUASA

DOE Johor 17/04/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GEMPUR RAYA JAS NEGERI JOHOR, PENGERUSI J/KUASA KESIHATAN & ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR SAMBUT BAIK KOMITMEN PENGUATKUASA
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
17/04/2024
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

4 APRIL 2024 ISKANDAR PUTERI, JOHOR - YB Ling Tian Soon bersama-sama Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menyertai hari terakhir Ops Gempur Raya sempena musim perayaan yang berlangsung selamat empat (4) hari. Beliau telah melihat contoh persampelan yang dijalankan oleh pegawai penguatkuasa JAS Negeri Johor yang ditemani Pengarahnya, Dr Mohd Famey bin Yusoff, dan Timbalan Pengarah II, En Mohd Rashdan bin Topa di Kawasan Perindustrian SiLC dan membuat lawatan mengejut ke atas sebuah premis di kawasan sama. YB Ling Tian Soon memaklumkan pada sidang media, JAS Negeri Johor telah memberi komitmen yang sangat tinggi walaupun pada bulan Ramadan dengan menjalankan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ke atas premis yang tertakluk. OPS Gempur Raya JAS Negeri Johor tahun ini telah mencatatkan 50 pemeriksaan sehingga 8.00 pagi, 4 April 2024 dengan 42 Arahan Lapangan, 15 Notis Arahan, 30 syor kompaun dan 4 Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) ke atas premis.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan