PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PREMIS MELEPASKAN EFLUEN MERAH DAN BERBAU DITAHAN OPERASI KELENGKAPAN

DOE Johor 17/04/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PREMIS MELEPASKAN EFLUEN MERAH DAN BERBAU DITAHAN OPERASI KELENGKAPAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
17/04/2024
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

2 APRIL 2024, PEKAN NENAS, JOHOR - Pegawai Penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) bertindak diatas aduan awam pelepasan efluen tidak terawat berpunca daripada premis penyembelihan ayam di Kawasan Perindustrian Ulu Choh, Pekan Nenas ketika waktu berbuka puasa. Pegawai telah mengambil sampel dipintasan berkenaan dan premis didapati tidak mematuhi beberapa Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Siasatan awal mendapati sistem pengolahan efluen perindustrian tidak berfungsi dengan sepatutnya dan melebihi kapasiti rekabentuk SPEP berkenaan. Premis juga telah diarahkan serta-merta membendung pelepasan efluen bagi mengurangkan kesan kepada alam sekitar dibawah Seksyen 31(1)(g) dan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38a(1)(a) dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan