Penerangan
29 MAC 2024 KULAI, JOHOR - Pegawai Penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) bertindak diatas aduan awam di kawasan perumahan.
Pegawai juga telah membuat rondaan di kawasan sekitar dan juga membuat pemeriksaan di kawasan perindustrian terdekat selepas waktu berbuka puasa sehingga 2.00 pagi.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.