PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

MAJLIS PERASMIAN STESEN KITAR SEMULA E-WASTE KAWASAN PARLIMEN BUKIT BENDERA, PULAU PINANG

DOE Pulau Pinang 05/04/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PERASMIAN STESEN KITAR SEMULA E-WASTE KAWASAN PARLIMEN BUKIT BENDERA, PULAU PINANG
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
05/04/2024
Organisasi
DOE Pulau Pinang

Penerangan

30 Mac 2024, Georgetown - Majlis Perasmian Stesen Kitar Semula E-Waste bagi Kawasan Parlimen Bukit Bendera telah diadakan pada 30 Mac 2024 bertempat di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Sherleena binti Abdul Rashid, Ahli Parlimen Bukit Bendera dan turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Norazizi bin Adinan, Pengarah JAS Pulau Pinang. Pelancaran stesen kitar semula e-waste ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran terhadap orang awam berkenaan cara mengendalikan e-waste dari isi rumah dengan kaedah yang betul, khususnya bagi kawasan Parlimen Bukit Bendera. Program pelancaran yang telah diadakan ini adalah melibatkan kerjasama diantara pihak pengurusan Decent Industry Sdn Bhd, Ahli Parlimen Bukit Bendera, JAS Pulau Pinang dan Gurney Paragon. JAS Pulau Pinang sentiasa optimis dengan kerjasama pelbagai pihak dalam usaha melestarikan alam sekitar khususnya di negeri ini akan terus dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan