PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

JAS PULAU PINANG TERLIBAT DALAM PROGRAM ‘EARTH DAY ORCHID SHOW’ DI STRAITS QUAY, PULAU PINANG

DOE Pulau Pinang 05/04/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS PULAU PINANG TERLIBAT DALAM PROGRAM ‘EARTH DAY ORCHID SHOW’ DI STRAITS QUAY, PULAU PINANG
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
05/04/2024
Organisasi
DOE Pulau Pinang

Penerangan

31 MAC 2024, GEORGETOWN: JAS Pulau Pinang terlibat dalam Program ‘Earth Day, Orchid Show’ yang diadakan di Straits Quay, Pulau Pinang yang dianjurkan oleh The Federation of Malaya Orchid Society dan Straits Quay. JAS Pulau Pinang terlibat sebagai pempamer dan juga mengadakan aktiviti pengumpulan ewaste dengan kerjasama Shan Poornam Metals Sdn. Bhd. Program ini diadakan bersempena sambutan Hari Bumi bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang keunikkan pokok orkid yang ada di negara kita. Dalam pada itu JAS Pulau Pinang turut mengambil peluang menyampaikan informasi berkenaan pengurusan ewaste yang betul kepada pengunjung yang hadir. Pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat ini turut melibatkan para pelajar dari 40 buah sekolah di Pulau Pinang yang hadir bagi menjayakan program ini. Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang 4 hari program ini berlangsung iaitu pada 28 sehingga 31 Mac 2024. Antaranya adalah pertandingan orkid, pertandingan melukis di bawah Persatuan Pandu Puteri, bengkel bonsai trimming, persembahan muzikal amal dan jualan pokok. Terima kasih kepada pihak penganjur di atas kesudian menjemput JAS Pulau Pinang sebagai salah satu agensi yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan