Penerangan
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SANDAKAN
TARIKH : 26.03.2024 (Selasa)
MASA : 08:00AM - 6:00PM
PEGAWAI PERONDA :
PJ ZS & PJ ZP
KAWASAN RONDAAN
Batu 7 hingga Batu 32 Jalan Labuk - Simpang Sapi/Nangoh - Paitan Daerah Beluran
TUGAS:
1. Pemeriksaan CAC di Loji Rawatan Air Toniting,
2. Pemeriksaan CAC di Kilang Kelapa Sawit Fortuna,
3. Rondaan OMPT.
PENEMUAN:
LOJI RAWATAN AIR TONITING
1. Loji Rawatan Air dikendalikan oleh Jabatan Air Negeri Sabah yang membekalkan air mentah sebanyak 300,000 liter sehari kepada Penduduk kawasan Kg. Toniting dan Kawasan Sapi.
2. Air mentah dipam dari Sungai Toniting ke dalam loji, dirawat secara sederhana kerana air sungai sangat jernih, pengunaan aluminum sulfate jika air sungai keruh,
3. Hasil Siasatan terhadap loji tersebut, air buangan daripada proses backwash dialirkan terus ke dalam sungai tanpa dirawat, kolam enapcemar tiada disediakan.
4. Bilik klorin tidak disediakan dengan kelengkapan kawalan udara yang sesuai.
5. Cadangan perbincangan lanjut bersama pihak Jabatan Air Negeri Sabah untuk mengambil tindakan bagi mematuhi sepenuhnya AKAS 1974.
KILANG KELAPA SAWIT FORTUNA
1. Tiga (3) unit kolam Efluen iaitu Anaerobik no. 3, Anaerobik no. 4 dan Aerobik no. 1 perlu diselenggara dengan melaksanakan kerja-kerja desludging kerana terdapat sludge dan scum di dalam kolam-kolam berkenaan supaya ianya dapat berfungsi dengan baik.
2. Alat kawalan udara jenis ESP telah dipasang dan telah berfungsi untuk mengawal pelepasan asap dari 2 unit boiler, semasa lawatan kerja-kerja penyambungan untuk boiler kedua sedang dijalankan.
3. BT perlu diurus dengan baik, Stor Penyimpanan BT tidak berapa kemas, dan teratur ada beberapa BT tidak berlabel dan ditutup, syor Notis Arahan dikeluarkan.
4. Terdapat BT yang hampir 160 hari masih disimpan kerana Kontraktor Pengangkut belum datang untuk memungut BT berkenaan. Pihak Kontraktor telah dihubungi dan berjanji akan datang pada 8 April 2024.
5. EFB di kilang ini diproses untuk dijadilan baja kompos, satu kawasan kompos berbumbung telah disediakan.
RONDAAN OMPT
1. Tiada PT dikesan semasa rondaan.
TINDAKAN PENGUATKUASAAN:
Loji Rawatan Air Toniting
1.Field Citation (1)
Kilang Kelapa Sawit Fortuna
1.Field Citation (1)
2.Notis Arahan (1)
CATATAN:
Pemantauan berterusan akan dilaksanakan sehingga premis KKS patuh sepenuhnya terhadap FC dan NA yang dikeluarkan.
Cuaca :
Cerah Pagi & Petang Hujan
Sekian.