Penerangan
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG
TARIKH : 25.03.2024 (Isnin)
MASA : 10.00AM -04.30 PM
ANGGOTA : PPK WANA, PJ ER & PO AY
TUGAS :
1. Memantau TPS kuala penyu
2. Memantau kawasan aktif terbakar di Lumat
3. Memantau kawasan aktif terbakar di Takuli
4. Rondaan Darat
?? KAWASAN RONDAAN:
Beaufort – Kuala Penyu - Lumat - Takuli - Kota Klias - Nukahan
RUMUSAN
1???TPS Kuala Penyu
- Aktiviti pemadaman yang lebih agresif telah dilaksanakan oleh pihak MDKP dengan mengorek timbunan sampah yang terbakar dan menyiram dengan air dari 2 tangki air
- Sebanyak dua (2) trip lori tangki telah dibawa masuk untuk bantu pemadaman;
- Bilangan Staf MDKP yang terlibat dalam kerja ini ialah 15 orang.
- Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) telah dikemukakan kepada JAS oleh MDKP sebagai maklumbalas kepada NA yang dikeluarkan oleh JAS Sipitang.
2???Pemantauan kawasan aktif terbakar di Lumat
- Kebakaran hampir setiap hari dikawasan ini yang berpunca akibat merebak dari kebakaran di HS Binsulok
- Semasa rondaan, arah angin menghala ke kawasan pekan Beaufort dan akan mengakibatkan jerebu setempat di kawasan Beaufort
- Pemantauan kawasan yang terbakar sedang dibuat oleh pihak Bomba memandangkan kawasan kebakaran menghampiri rumah penduduk dan berada di tepi jalan. Asap tebal membahayakan pemandu
3??? Pemantauan kawasan aktif terbakar di Takuli
- masih terkesan asap aktif di kawasan ini sejak dilaporkan terbakar semula pada Sabtu
- asap aktif menghala ke kawasan belukar Nukahan
- Pengusaha nenas hanya memadam kebakaran di kebunnya sahaja, di kawasan belukar tidak dapat dipadam memandangkan sumber air yang terhad
4??? Rondaan Darat
- Asap aktif masih terkesan di kawasan Nukahan menghala ke Kota Klias. Bomba sedang aktif buat pemadaman di kawasan ini semasa rondaan
- Asap aktif kelihatan di Kg Kukut, merebak dari kawasan Lumat
TINDAKAN
1) Daerah Beaufort memerlukan 1 alat ukur bacaan IPU untuk menunjukkan situasi udara semasa di daerah ini memandangkan banyak kawasan terbakar dan cuaca kelihatan berjerebu sepanjang masa. Alat pemantauan ini diperlukan bagi memberi maklumbalas kepada pihak sekolah/orang awam yang bertanya berkaitan nilai IPU semasa
2) Pemantauan berterusan semasa musim kemarau
Cuaca: Panas
Sekian dilaporkan.
25/3/24