PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

Mesyuarat Majlis Sumber Air Negeri Sabah Bil. 1/2024

DOE Sabah 05/04/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Mesyuarat Majlis Sumber Air Negeri Sabah Bil. 1/2024
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
05/04/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Kota Kinabalu

Penerangan

Mesyuarat Majlis Sumber Air Negeri Sabah Bil. 1/2024 ???? Tarikh Mesyuarat : 22hb Mac 2024 (Jumaat) ?? Masa: 10.00 pagi ?? Tempat : Wisma Pertanian Sabah ??????? Pengerusi Mesyuarat: Y.B DSP Dr. Jeffrey G. Kitingan, Pengerusi Majlis Sumber Air Negeri Sabah ??????? Kehadiran JAS Sabah: Yaras Hj. Yusup, Tim. Pengarah PERKARA DIBINCANGKAN: No.1??? - Perbincangan isu-isu sumber air disebabkan cuaca kering di Sabah. JAS Sabah telah memberikan input berkaitan status jerebu dan kebakaran hutan/belukar terutamanya hutan tanah gambut telah menyebab kepada kemerosotan kualiti udara. No.2??? - Sebanyak 102 hotspot dikesan dari Januari sehingga 22 Mac 2024. Ahli mesyuarat dimaklumkan bahawa 476 rondaan JAS telah dibuat, 17 kompaun dan Notis Arahan sedang dan akan dikeluarkan, Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan telah diaktifkan, Ops Gambut sedang dilaksanakan oleh JBPM di Kuala Penyu, Membakut dan Beafort serta pemantauan kawasan prone arena diteruskan. Pengunaan helikopter Mi17 untuk water bombing telah dilakukan. No 3??? -Pihak JAS juga memohon bantuan JMG untuk melaksanakan pengepaman tube well di hutan tanah gambut semasa cuaca panas dan kering serta semasa kebakaran berlaku selaras dengan PTO Mencegah Pembakaran Tanah Gambut untuk mengatasi kebakaran dan seterusnya jerebu di Sabah. Paras air di 13 tube well perlu diukur dan pengepaman air ke fire breaker, check dam serta parit perlu dibuat bagi memastikan bekalan air mencukupi untuk mengelakkan kebakaran yang mencetuskan jerebu pada tahap sangat tidak sihat berlaku. No 4??? - Pihak JAS juga memohon supaya Jabatan Hutan menjaga hutan tanah gambut dan kawasan sekitarnya yang mereka miliki supaya aktiviti pemburuan haram yang dikatakan sengaja melakukan pembakaran hutan bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk baru tumbuhan dan mengundang kehadiran binatang buruan. Aktiviti ini perlu dicegah dan kawasan ini perlu dilarang daripada di masuki oleh orang awam. Pemilik tanah bertangungjawab ke atas tanah yang mereka miliki daripada dicerobohi dan seterusnya mencegah daripada berlakunya kebakaran di atas tanah milil mereka. No 5??? - Pembentangan Kertas Perbincangan 1 : Pewartaan Kawasan Tanah Kerajaan di Takat Pengambilan Air Sungai Tondulu Tambunan No 6??? - Pembentangan Kertas Perbincangan 2 : Pewartaan Kawasan Tanah Kerajaan di Tadahan Empangan Babagon #majlissumberairnegara # environment, shared resposibility

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan