Penerangan
LAPORAN SIASATAN KEBAKARAN KAWASAN PELUPUSAN TAYAR UNIT GABUNGAN
TARIKH : 24.03.2024 (Ahad)
MASA : 5.00 - 7.00 PM
ANGGOTA : PP RK, PP JJJ, PP NSH, PPK MAI, PJ STN & PJ RZD
TUGAS :
1. Siasatan kebakaran Kawasan Pelupusan Tayar Kayu Madang
2. Rondaan Darat
?? KAWASAN RONDAAN:
Pejabat - KKIP - Kayu Madang - Pejabat
RUMUSAN
1??? Siasatan kebakaran Kawasan Pelupusan Tayar Kayu Madang
• Pasukan penyiasat membuat pemantauan di kawasan tayar terbakar. Bahang api yang panas menyukarkan pasukan untuk menghampiri kawasan kebakaran. Tinjauan melalui dron dan pemetaan melalui imej google menganggarkan keluasan longgokan tayar seluas 2.3 ekar.
• Pihak Bomba yang ditemui di lokasi juga tidak dapat melakukan pemadaman disebabkan tiada pili bomba di kawasan tersebut. Melalui perbualan dengan anggota Bomba, dimaklumkan kebakaran bermula dari kawasan belukar tepi jalan.
• Pengarah Kejuruteraan DBKK En.Saiman Anggak yang dihubungi menyatakan pihak DBKK mengharap bantuan pemadaman dari pihak Bomba.
• Bacaan IPU bagi Stesen Politeknik setakat 8.00 mlm meningkat kepada 102**.
2??? Rondaan Darat
• Kebakaran TPS masih aktif.
TINDAKAN
1) Pemantauan berterusan semasa musim kemarau
Cuaca: Panas
Sekian dilaporkan.