Penerangan
LAPORAN SIASATAN DAN RONDAAN UNIT OMPT
TARIKH : 24.03.2024 (Ahad)
MASA : 9.00AM -1.00 PM
ANGGOTA : PP RK, PJ RZD & PMD Norman
TUGAS :
1. Siasatan kebakaran TPS Kayu Madang
2. Rondaan Darat
?? KAWASAN RONDAAN:
Pejabat - KKIP - Kayu Madang - Pejabat
RUMUSAN
1??? Siasatan kebakaran TPS Kayu Madang Hari Kedua
• Rondaan di beberapa tempat penerima sensetif SK Lapasan dan SMK Pekan Telipok (jarak 1500 M) dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Sabah (jarak 1700 M) telah dijalankan. Arah tiupan angin tidak menghala ke tempat-tempat ini. Walaubagaimana pun, bau asap daripada kebakaran dapat dihidu dari lokasi ini.
• Kerja pemadaman dengan menggunakan kaedah kambus tanah sedang giat dijalankan oleh kontraktor DBKK.
• Semasa lawatan, terdapat 2 unit excavator, 1 unit jentolak dan 1 unit jentera pemintal dan sekurang-kurangnya 15 buah lori digunakan untuk kerja penimbusan kawasan yang terbakar.
• Potensi untuk api merebak ke bahagian lain tapak agak kurang disebabkan kawasan lain sudah dikepung/ditimbus tanah.
• Bacaan IPU bagi Stesen Politeknik setakat 1.00 ptg sedikit menurun kepada 86**. Ini kerana arah tiupan angin tidak terarah ke arah stesen. Keadaan Jalan Rugading agak berjerebu disebabkan asap kebakaran menghala ke kawasan tersebut.
2??? Rondaan Darat
• Terdapat kebakaran belukar lain di kawasan luar pagar TPS, belakang SMK Pekan Telipok yang masih berasap.
TINDAKAN
1) Pemantauan berterusan semasa musim kemarau
Cuaca: Panas
Sekian dilaporkan.