PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG

DOE Sabah 05/04/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
05/04/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>BEAUFORT

Penerangan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG TARIKH : 23.03.2024 (Sabtu) MASA : 11.00 AM - 4.00PM ANGGOTA : PPK WANA, PJ MH TUGAS : 1. Pemantauan Stesen IPU Kimanis 2. Aduan Bomba Kg Takuli 3. Rondaan Darat ?? KAWASAN RONDAAN: Beaufort - Kimanis - Lumat - Takuli - Nukahan - Kayul RUMUSAN 1??? Pemantauan Stesen IPU Kimanis - Hanya terkesan asap aktif di 2 tempat kawasan Kg Mandahan kira-kira 300m dan 4km yang boleh menyumbang peningkatan IPU di stesen ini. - Belukar Kg Mandahan yang masih aktif terbakar jarak kira-kira 300m dari stesen IPU ialah kawasan gambut hasil semakan di Portal GIS dan lot berpemilik seluas 74 ekar. Belukar berkenaan mula terbakar pada 21/3. Terdapat juga kesan-kesan kebakaran di tepi dan hadapan kawasan sekolah, tetapi telah padam sepenuhnya. Bekas terbakar ini berpotensi terbakar semula kerana kedudukannya di atas tanah gambut - Belukar Kg Mandahan (berdekatan simpang Jalan Pirau Malawaring) yang masih aktif terbakar jarak kira-kira 4km dari stesen IPU ialah kawasan gambut hasil semakan di portal GIS. Tiada pemilik 2??? Aduan Bomba Kg Takuli - Aduan adalah berasas kerana semasa siasatan kawasan diadu masih berasap. - Kawasan yang terbakar adalah tanah yang telah diusahakan nenas oleh En Sino. Menurut penjaga kebun nenas En Sino, api merebak dari kawasan Takuli yang terbakar sebelum ini ke kawasan kebun sebelahnya (tidak dipadam kerana pengusaha telah meninggal dunia). Apabila api menghampiri rumah beliau, bomba dihubungi untuk bantu pemadaman. - Bomba datang untuk bantu padam api sahaja kerana kekurangan air dan asap masih aktif. Asap aktif telah merebak dan menyebabkan kebun nenas beliau terbakar dan merebak ke kawasan lain. Buat masa sekarang, beliau hanya mampu siram kawasan berasap di kebun nenasnya sahaja. - Pemeriksaan parit di kawasan Takuli mendapati hampir kesemuanya telah kering. - Pengusaha kebun nenas kebanyakan adalah orang luar dari kampung berkenaan, selepas tanam nenas, kawasan kebun tidak lagi dipantau. Apabila terjadi kebakaran, menyebabkan kawasan tersebut terbiar tanpa dibuat pemadaman dan merebak dengan cepat 3? Rondaan Darat - masih terkesan asap aktif di kawasan Lumat(lokasi yang pernah diadu) - Asap aktif dikesan di kawasan hutan selagon. Mungkin berpunca dari HS Binsulok - Asap aktif masih dikesan di kawasan Nukahan dan Kayul. Lokasi hotspot yang pernah dilaporkan sebelum ini TINDAKAN 1) Pemantauan berterusan semasa musim kemarau Cuaca: Panas Sekian dilaporkan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan