Penerangan
LAPORAN SIASATAN DAN RONDAAN UNIT OMPT
TARIKH : 23.03.2024 (Sabtu)
MASA : 9.00AM -02.00 PM
ANGGOTA : PP RK, PJ RZD & PMD Norman
TUGAS :
1. Siasatan kebakaran TPS Kayu Madang
2. Rondaan Darat
?? KAWASAN RONDAAN:
Pejabat - KKIP - Kayu Madang - Pejabat
RUMUSAN
1??? Siasatan kebakaran TPS Kayu Madang
• Tinjauan kawasan keseluruhan kawasan yang terbakar di TPS telah dijalankan. Dron telah diterbangkan untuk memantau kawasan yang terbakar. Dianggarkan kawasan yang terbakar seluas 2 ekar di kawasan lereng berhadapan pejabat DBKK di tapak.
• Punca kebakaran tidak diketahui. Pembantu Penguatkuasa memaklumkan terdapat kebakaran kecil pada malam 21 Mac 2024 dan berjaya dipadam oleh jentolak. Namun pada tengah hari 22 Mac 2024 semasa pekerja berehat, api tiba-tiba marak dan mula tidak terkawal. Penolong penguatkuasa telah menghubungi Bomba untuk meminta bantuan pemadaman tetapi semua petugas bomba pada ketika itu sedang memadam kebakaran di tempat lain. Bomba sampai pada jam >1.00ptg, namun tiada pemadaman dilakukan.
• Kerja timbus tanah sedang giat dilakukan oleh kontraktor Hasil Juta yang mendapat projek penyelenggaraan tapak.
• Sumber tanah yang digunakan untuk menimbus diperolehi dari tapak projek Kibing. Sebahagian besar permukaan tapak sampah telah ditimbus dengan tanah. Kerja penimbusan ditumpukan di kawasan yang terbakar.
• Semasa lawatan, terdapat 2 unit excavator, 1 unit jentolak dan 1 unit jentera pemintal digunakan untuk kerja penimbusan kawasan yang terbakar.
• Potensi untuk api merebak ke bahagian lain tapak agak kurang disebabkan kawasan lain sudah ditimbus tanah.
• Bacaan IPU bagi Stesen Politeknik meningkat disebabkan asap kebakaran TPS Kayu Madang. Bacaan Semasa setakat 2.00 ptg adalah 152**.
2??? Rondaan Darat
• Terdapat kebakaran belukar lain di kawasan luar pagar TPS yang dapat diperhatikan dari TPS.
TINDAKAN
1) FC telah dikeluarkan. Syor NA Seksyen 31 dikeluarkan kepada DBKK untuk mengambil tindakan serta merta mengawal/memadam kebakaran kawasan TPS.
2) Pemantauan berterusan semasa musim kemarau
Cuaca: Panas
Sekian dilaporkan.