PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN PREMIS HOSPITAL DAN KLINIK OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JASWPKL)

DOE WP Kuala Lumpur 01/04/2024 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN PREMIS HOSPITAL DAN KLINIK OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JASWPKL)
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
01/04/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

Kuala Lumpur, 19 Mac 2024 – Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menjalankan pemeriksaan ke premis hospital dan klinik yang terletak di Kuala Lumpur. Premis ini menghasilkan buangan yang dikategorikan sebagai buangan terjadual di bawah Jadual Pertama, Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 iaitu SW404 – buangan patogenik, buangan klinikal atau bahan yang dikuarantinkan. Semakan inventori buangan terjadual premis di dalam Electronic Scheduled Waste Information System ataupun dikenali sebagai sistem eSWIS, turut dilaksanakan. Sistem ini bertujuan untuk memudahkan penjana sisa melaporkan secara berkala pengendalian sisa terjadual dari segi penjanaan sisa, inventori dan pergerakan & pengendalian sisa terjadual seperti yang dikehendaki di bawah Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Pemeriksaan ini diadakan bagi memastikan pihak premis sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Pihak premis diingatkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Sebarang ketidakpatuhan terhadap perundangan tersebut akan diambil tindakan tegas dan sewajarnya.   JAS WPKL sentiasa komited dalam menjalankan pemantauan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui tiga (3) saluran berikut:
  1. Talian Bebas Tol 1-800-88-2727;
  2. E-mel ke [email protected] ; dan
  3. Portal Aduan https://[email protected]

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan