Kuala Lumpur, 19 Mac 2024 – Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menjalankan pemeriksaan ke premis loji pengolahan kumbahan di sekitar Kuala Lumpur yang tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009.
Pasukan penguatkuasa JAS WPKL telah memeriksa tiga (3) loji pengolahan kumbahan di sekitar Kuala Lumpur yang dalam perancangan untuk dinaiktaraf. Semua kumbahan yang masuk ke dalam tiga-tiga loji tersebut akan disalurkan melalui sistem Network Pump Station (NPS) atau Sistem Pam Penghubung seterusnya masuk ke dalam loji pengolahan berpusat berkapasiti besar iaitu Loji Pengolahan Kumbahan Serantau Batu , Jinjang, Kepong yang sedang dalam fasa pembinaan.
Pemeriksaan ini diadakan bagi memastikan pihak premis sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Pihak premis diingatkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Sebarang ketidakpatuhan terhadap perundangan tersebut akan diambil tindakan tegas dan sewajarnya.
JAS WPKL sentiasa komited dalam menjalankan pemantauan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui tiga (3) saluran berikut:
- Talian Bebas Tol 1-800-88-2727;
- E-mel ke [email protected] ; dan
- Portal Aduan https://[email protected]