Penerangan
PETALING JAYA, 21 Mac 2024 - Unit Pendidikan & Pengawasan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah menyertai Program Pengauditan Stesen Pengawasan Kualiti Udara Automatik di Sekolah Kebangsaan Bandar Utama, Petaling Jaya. Program pengauditan stesen pengawasan bagi komponen udara ini adalah di bawah Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (EQMP) dan dilaksanakan oleh Seksyen Kawal Selia Konsesi dan Program Pengawasan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat.
Terdapat lima(5) stesen pengawasan kualiti udara automatik di bawah pengawasan JAS Selangor yang berfungsi untuk pemantauan kualiti udara dan Indeks Pencemaran Udara di Negeri Selangor. Pengauditan memastikan pengoperasian stesen automatik bawah EQMP dilaksanakan berdasarkan prosedur yang ditetapkan bagi memastikan elemen jaminan dan kawalan kualiti (QA/QC) sentiasa terjamin dan data yang tepat dihasilkan.