Penerangan
KAJANG, 23 Mac 2024 (Sabtu) - Sepasukan pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kajang telah menjalankan rondaan dan siasatan aduan pembakaran terbuka di Kilang Hi Tech 7, Tapak Sampah Haram Twin Palm, Tapak Sampah Haram Bandar Mahkota Cheras dan Balakong dengan menggunakan drone. Hasil siasatan mendapati tiada aktiviti pencemaran oleh kilang-kilang di kawasan rondaan dan aktiviti pembakaran terbuka.
Siasatan aduan pencemaran bau daripada industri di Balakong turut dijalankan dan didapati premis yang diadu tidak beroperasi pada waktu malam. Pemantauan dan siasatan lanjut akan dijalankan sekiranya aduan berulang. Rondaan juga telah dijalankan di kawasan pembakaran di tapak sampai haram di Twin Palm, Sungai Long dan Bandar Mahkota Cheras bersebelahan tapak sampah haram Black Lake dengan menggunakan drone. Siasatan mendapati masih lagi terdapat kesan pembakaran. Siasatan aduan ini juga akan dipanjangkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk tindakan lanjut.