PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

KEMPEN 'PLASTIC BUSTERS' SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI 2024 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

DOE Selangor 01/04/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEMPEN 'PLASTIC BUSTERS' SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI 2024 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
01/04/2024
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

SHAH ALAM, 21 Mac 2024 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dengan kerjasama Rakan Alam Sekitar UiTM Student Chapter telah mengadakan Kempen Plastic Busters di Bazar Ramadan Seksyen 7, Shah Alam. Sejumlah lebih kurang 150 beg kitar semula telah diedarkan kepada pengunjung yang hadir di bazar tersebut. Kempen ini diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Bumi dengan tema pada tahun ini ‘Planet vs Plastics’. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang impak negatif yang disebabkan oleh pencemaran plastik sekali guna, sekaligus mendorong masyarakat mengurangkan penggunaan beg plastik. Syabas diucapkan kepada Rakan Alam Sekitar UiTM Student Chapter di atas komitmen yang diberikan serta bersama Jabatan memberikan kesedaran kepada masyarakat. Alam Sekitar tanggungjawab bersama.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan