Penerangan
27 Mac 2024 – Pengauditan dua buah Stesen Pengawasan Kualiti Udara Automatik di Klinik Kesihatan Pandamaran, Klang dan Kolej MARA Banting, Selangor telah dilaksanakan oleh Bahagian Udara JAS Ibu Pejabat bersama pegawai JAS Negeri Selangor dan wakil syarikat konsesi Pakar Scieno TW bagi memastikan pengoperasian stesen yang optimum dan peralatan stesen berfungsi dengan baik dalam mencerap data-data pengawasan kualiti udara. Antara pengauditan yang dilakukan adalah pemeriksaan analyser yang menghasilkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) seperti pemeriksaan kadar alir bagi peralatan yang mencerap bacaan PM2.5 dan PM10, multi point calibration bagi analyser mencerap parameter Sulfur Dioksida, Nitrogen Dioksida, Ozon dan Karbon Monoksida.
Terdapat enam (6) stesen pengawasan kualiti udara automatik di bawah pengawasan JAS Selangor yang berfungsi untuk pemantauan kualiti udara dan Indeks Pencemar Udara di Negeri Selangor.