Penerangan
RAWANG, 30 Mac 2024 (Sabtu) - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dengan kerjasama Rakan Strategik Alam Sekitar (RSAS), Petronas dan Stesen Minyak Petronas Bandar Tasik Puteri telah mengadakan program pengumpulan buangan elektrik & elektronik (e-waste) di perkarangan stesen minyak tersebut. Inisiatif pengumpulan e-waste di stesen minyak ini merupakan cetusan ideal oleh YB Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan tempat yang mudah dikunjungi orang awam (public area) bagi melupuskan e-waste secara teratur demi mengekalkan kelestarian alam sekitar di negeri ini.
Program yang bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengah hari telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk di sekitar Bandar Tasik Puteri, Rawang.
Dengan adanya sambutan yang berterusan daripada orang ramai setiap kali program ini dianjurkan telah memberi mesej bahawa program ini telah meningkatkan kesedaran orang ramai berkaitan kepentingan pengurusan e-waste yang betul.