Penerangan
23 MAC 2024, SENAI - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan siasatan berlakunya pembakaran terbuka di tapak pelupusan sampah haram di kawasan rezab. Beberapa agensi juga turut menjalankan siasatan termasuklah Majlis Perbandaran Kulai dan Pejabat Tanah & Daerah. Pihak Jabatan Bomba & Penyelamat telah bertungkus lumus memadam kebakaran. Pemantauan kerja-kerja pemadaman diteruskan sehingga api padam sepenuhnya.
Jabatan ingin mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka kerana menurut Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Semua pihak adalah diminta untuk memastikan tidak melakukan pencemaran dan menjadi mata dan telinga kepada JAS dalam membanteras jenayah alam sekitar.