Penerangan
22 MAC 2024 PONTIAN, JOHOR - Pegawai Penguatkuasa, Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) JAS Negeri Johor bertindak diatas aduan awam pelepasan efluen tidak terawat berpunca daripada premis penyembelihan ayam di Kawasan Perindustrian Alam Jaya, Pekan Nenas.
Pegawai telah mengambil sampel dipintasan berkenaan dan premis didapati tidak mematuhi beberapa Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Siasatan awal mendapati sistem pengolahan efluen perindustrian tidak berfungsi dan tiada apa-apa rekod pemantauan yang dikemukakan.
Kedua-dua premis juga telah diarahkan serta-merta membendung pelepasan efluen bagi mengurangkan kesan kepada alam sekitar dibawah Seksyen 31(1)(g) dan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38a(1)(a) dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.