PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN KAPAL BERSEPADU BERSAMA JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH SELATAN DI PERAIRAN SELAT JOHOR

DOE Johor 01/04/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN KAPAL BERSEPADU BERSAMA JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH SELATAN DI PERAIRAN SELAT JOHOR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
01/04/2024
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

17 MAC 2024, PONTIAN - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan siasatan terhadap kapal secara bersepadu dengan Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan di perairan Selat Johor. Pemeriksaan difokuskan mengikut bidang kuasa agensi masing-masing di bahagian berpotensi berlaku pencemaran laut. Jabatan ingin mengingatkan semua pihak terutama yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti perkapalan agar tidak melakukan sebarangan pembuangan atau pelepasan sisa minyak ke perairan Malaysia kerana menurut Seksyen 27 dan Sekyen 29, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Semua pihak adalah diminta untuk memastikan tidak melakukan pencemaran dan menjadi mata, telinga dan mulut kepada JAS dalam membanteras jenayah alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan