Penerangan
13 MAC 2024, Kulai, Johor - Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat), JAS Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan di Kawasan Perindustrian Indahpura & i-Park ketika Ops Bersepadu bersama Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) susulan aduan bau di sebuah kolam di kawasan rekreasi.
Ketika pemeriksaan dijalankan, tiada bau didapati di kolam berkenaan dan kolam didalam keadaan bersih dan tiada apa-apa kesan pencemaran. Walaubagaimanapun pihak JAS dan MPKu akan terus membuat pemeriksaan pematuhan di kawasan industri berkenaan.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.