Penerangan
13 Mac 2024, Johor Bahru - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menerima kunjungan hormat pihak Tenaga Nasional Berhad yang diketuai oleh Pengurus Besar Negeri Tuan Mohamed Noh Md Seth. Pihak TNB telah membentangkan pencapaian semasa syarikat dan hala tuju ke arah pembangungan lestari seiring dengan target pelan Sustainable Development Goals sehingga 2030. Aspirasi TNB juga adalah mencapai Net Zero Emission pada tahun 2050.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor menyambut baik usaha pihak syarikat dalam menjaga kelestarian alam sekitar demi kemakmuran bersama.