Penerangan
11 Mac 2024, Segamat – Pasukan penguatkuasa JAS Cawangan Muar telah menjalankan siasatan aduan pembakaran terbuka di Mukim Jementah, Daerah Segamat.
Hasil siasatan mendapati aduan adalah berasas dan terdapat aktiviti pembakaran terbuka untuk pembersihan kawasan bagi tujuan pertanian.
Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi tersebut dan pemberian pamplet peringatan tentang larangan pembakaran terbuka turut dibuat kepada penduduk berhampiran.
Kes disiasat di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 & tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pemilik tanah terbabit. Mereka yang disabitkan dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.