PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI PENGUATKUASAAN BERSEPADU MOTOSIKAL BERSAMA JPJ

DOE Terengganu 31/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI PENGUATKUASAAN BERSEPADU MOTOSIKAL BERSAMA JPJ
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
31/03/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

OPERASI PENGUATKUASAAN BERSEPADU MOTOSIKAL BERSAMA JPJ Kuala Terengganu, 10 Mac 2024- Pasukan Penguatkuasa dari Unit Kenderaan Bermotor, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah menyertai operasi penguatkuasaan motosikal bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu pada Khamis, 7 Mac 2024. Dalam operasi ini JAS Negeri Terengganu telah membuat pemeriksaan fizikal ke atas  70 buah motosikal. Sebanyak 6 buah motosikal telah diuji mengunakan sound level meter. Hasil daripada pemeriksaan dan pengujian ini, 3 buah motosikal telah gagal mematuhi had bunyi bising yang ditetapkan di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor)1987. Para pemilik motosikal diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Bermotor) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. #NRES #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan