Penerangan
PERBINCANGAN CADANGAN PROGRAM SAMBUTAN HARI BUMI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2024
TERENGGANU, 25 Mac 2024- Penolong Pegawai Kawalan Tertinggi , merangkap Ketua Unit Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar JAS Terengganu, Puan Zaleha binti Abdullah telah menuhi jemputan bagi mengadakan perbincangan awal bersama pihak WWF_Malaysia untuk menjalinkan kerjasama sebagai rakan strategik bagi penganjuran “Program Lestari Bumi Kita??, sempena Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Terengganu 2024.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu sentiasa menyokong usaha-usaha dan komitmen mana-mana pihak yang akan menjalankan aktiviti kelestarian alam sekitar di negeri ini. Setinggi ucapan penghargaan kepada pihak pengurusan tertinggi WWF Malaysia yang komited menyokong program-program bersama Jabatan Alam Sekitar
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama