PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI PENGUATKUASAAN BERSEPADU KE ATAS KENDERAAN BERENJIN DIESEL DAN PETROL BERSAMA POLIS TRAFIK IPD MARANG

DOE Terengganu 31/03/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI PENGUATKUASAAN BERSEPADU KE ATAS KENDERAAN BERENJIN DIESEL DAN PETROL BERSAMA POLIS TRAFIK IPD MARANG
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
31/03/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

OPERASI PENGUATKUASAAN BERSEPADU KE ATAS KENDERAAN BERENJIN DIESEL DAN PETROL BERSAMA POLIS TRAFIK IPD MARANG Terengganu, 7 Mac 2024- Pasukan Penguatkuasa dari Unit Kenderaan Bermotor, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah menyertai operasi penguatkuasaan bersepadu ke atas kenderaan berenjin diesel dan petrol bersama Polis Trafik IPD Marang,  Terengganu. Dalam operasi ini JAS Negeri Terengganu telah membuat pemeriksaan fizikal ke atas  100 buah kenderaan berenjin diesel dan petrol. sebanyak 6 buah kenderaan berenjin diesel telah diuji mengunakan meter asap dan 1 kenderaan dikenakan tindakan notis dan kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling(Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel)1996. Selain itu 4 buah kenderaan berenjin petrol telah diuji menggunakan meter CO/HC dan 1 kenderaan dikenakan tindakan notis dan kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling(Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol)1996. Para pemilik kenderaan berenjin diesel dan petrol diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel)1996 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling(Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol)1996 . #NRES #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan