Penerangan
OPS MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN MEMANTAU PUNCA PENCEMARAN
KEMAMAN, TERENGGANU, 30 Mac 2024, Pasukan penguatkuasa ,Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kemaman, Teeengganu terus komited menjalankan rondaan dan memantau punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di daerah ini.
Sepanjang rondaan dijalankan beberapa kawasan yang berpotensi aktiviti pembakaran terbuka berlaku telah dipasang banner larangan tersebut sebagai peringatan dan langkah pencegahan.
Rondaan di kawasan penempatan kilang- kilang dan kawasan pantai, tiada pencemaran dan kejadian yang tidak diingini dikesan.
JAS Terengganu menghargai kerjasama dan komitmen semua pihak dalam memastikan alam sekitar kita sentiasa baik dan terjamin.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama